Pages

Klik Sini

...:: Hargai Masa Yang Ada ::...

Tuan Tanah

My photo
Sabah, Malaysia
Tujuan Blog ini saya wujudkan untuk perkongsian informasi kerjaya,hiburan mahupun promosi muzikal dan juga luahan individu selagi bahasa yang digunakan tidak berunsurkan kesat ataupun lucah | ♥ diharap blog ini boleh membantu para pembaca. Silakan menjadi follower yer.. Peace ♥ ( Klik iklan sekali .. hehe )

22 Jan 2012

Doktor bantah SBPA

SHAH ALAM - Doktor pakar antara yang paling ramai mengadu mengenai kelemahan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang diperkenalkan sejak 1 Januari lalu, kerana pendapatan mereka jauh lebih rendah berbanding doktor yang baru bertugas.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Lok Yin Theng berkata, doktor yang lama berkhidmat merasakan sumbangan mereka seolah-olah dianaktirikan kerana pendapatan diterima jauh lebih rendah berbanding mereka yang baru bertugas.
 
Beliau berkata, Cuepacs menerima banyak surat daripada kategori itu dan meminta pihaknya mendesak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji semula perkara ini.
 
“Mereka (doktor pakar) mengadu kerana gaji sebulan terutama dari Gred 51 hingga 54 lebih rendah berbanding doktor yang baru bertugas, sedangkan peranannya di hospital terlalu besar.
 
“Doktor berkenaan bukan sahaja terkilan dengan gaji yang diterima setaraf guru-guru sekolah, malah tidak berpuas hati kerana doktor yang baru berkhidmat menerima ganjaran lebih tinggi,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
 
Jika ini dijadikan kayu ukur dalam sistem baru itu, menurutnya, doktor pakar memerlukan jangka masa yang panjang untuk mengejar pendapatan diperoleh anggota Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa).
 
Malah, katanya, doktor berkenaan mempertikaikan pendapatan yang diterima pihak Jusa melebihi RM15,000 sebulan sedangkan bebanan kerja harian golongan ini setaraf guru sekolah.
 
Menurutnya, Cuepacs tidak mahu perkara ini terus berlarutan kerana boleh menyebabkan ketegangan berlaku di sektor awam.
 
“Tugas kami untuk melahirkan organisasi awam yang harmoni dan memaklumkannya dengan segera kepada Perdana Menteri untuk diambil tindakan.
 
“Tarikh pertemuan dengan beliau, saya tidak boleh beritahu mungkin selepas sambutan Tahun Baru Cina,” katanya.
 
Ditanya dakwaan SBPA telah dilaksanakan membabitkan anggota Kumpulan Premier, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan polis, Yin Theng berkata, perkara itu tidak betul dan jangan dengar khabar angin.
 
Menurutnya, kerajaan telah berjanji akan melihat semua tuntutan yang dibuat Cuepacs secara menyeluruh bukan untuk pihak tertentu sahaja.
 
Jika Cuepacs membuat tuntutan kepada bahagian tertentu, katanya, ia seolah-olah menampal baju yang koyak dan tidak memperbaiki bahagian lain.
 
“Matlamat kami seperti dijelaskan tadi, tidak mahu melihat jurang pendapatan yang ketara antara kelas bawahan dengan atasan. Untuk menambah baik, kami menerima pelbagai cadangan daripada golongan profesional yang mahu kerajaan mengkajinya secara mendalam.
 
“Mereka berpendapat, SBPA seolah-olah mengiktiraf seseorang individu sahaja sedangkan dalam organisasi kerajaan, kejayaannya kerana peranan semua pihak. Kalau orang bawah tidak buat kerja, usaha pihak atasan jadi sia-sia,” katanya. - sumber

Klik ads by Nuffnang | layari sapsaifm | Gunakan Google Chrome utk paparan lengkap

Gaji minimum bukan satu kadar


PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata penetapan gaji minimum tidak hanya membabitkan satu kadar bagi semua tetapi akan ada pengecualian membabitkan sektor pekerjaan yang khusus dan kumpulan pekerja tertentu.
Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan Kabinet secara terperinci bersama cadangan yang dikemukakan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) baru-baru ini.
“Apabila selesai perbincangan dan bila kita umumkan penetapan gaji minimum, kita akan maklumkan apa kategori pekerja yang layak menerima gaji minimum, sektor pekerjaan yang dimaksudkan dan status pekerja yang berhak menerimanya.

“Buat masa sekarang, saya hanya dapat mengesahkan bahawa gaji minimum ini merujuk kepada gaji pokok yang wajar diterima seseorang pekerja," katanya ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini, akhbar melaporkan bahawa MPGN sudah mengemukakan cadangan gaji minimum RM900 selain mengesyorkan ia dikuatkuasa Julai ini kepada Kementerian Sumber Manusia, yang dikatakan dipersetujui sebulat suara oleh wakil Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Bagaimanapun, Dr Subramaniam enggan mengulas mengenai laporan itu tetapi menegaskan bahawa akan ada pengecualian membabitkan sektor pekerjaan yang khusus dan kumpulan pekerja tertentu.
Mengenai kemasukan pembantu rumah dari Indonesia yang dijangka bermula selewat-lewatnya awal Mac ini, beliau berkata pangkalan data pusat yang diwujudkan kerajaan Indonesia mampu menjamin bekalan adalah mencukupi dan semua calon terbabit yang mendaftarkan biodata untuk rujukan majikan di sini sudah menjalani latihan wajib 200 jam.

"Sekarang, wakil pekerja asing di sini boleh berurusan secara terus dengan rakan sekerja di Indonesia, sekali gus menghapuskan peranan orang tengah yang sebelum ini menyebabkan peningkatan kos merekrut pembantu rumah dari Indonesia.

“Dari segi gaji, kita belum putuskan kerana Kerajaan Indonesia menetapkan beberapa syarat yang kita sedang bincang,' katanya.

Selain itu, mengulas laporan Kementerian Dalam Negeri akan membenarkan mangsa pemerdagangan manusia bekerja di sini, Dr Subramaniam menjelaskan ia hanya untuk tempoh terhad.

Mengulas mengenai rungutan beberapa agensi pekerja asing di sini bahawa kadar bayaran baru yang ditetapkan iaitu RM4,511 untuk membawa masuk pembantu rumah Indonesia ke Malaysia adalah terlalu rendah, Dr Subramaniam berkata itu tidak menjadi masalah.

Beliau berkata, lebih 100 daripada 400 agensi pengambilan pekerja didaftar di Malaysia bersetuju dengan bayaran yang ditetapkan dan tidak menjangkakan sebarang masalah dalam perkara itu. - sumber

Klik ads by Nuffnang | layari sapsai.fm | Gunakan Google Chrome utk paparan lengkap

21 Jan 2012

cue komen sket ! sahabat sejati ♥

Hahaha,, Terbaik bila ada kawan macam nie kan? Ini lah sahabat sejati yang paling asli. Oleh sebab salah seorang sahabat mereka terlanggar pokok maka di belasah lah sang pokok itu | Kredit utk sahabat sejati ♥

Klik ads by Nuffnang | layari sapsai.fm | Gunakan Google Chrome utk paparan lengkap