Pages

Klik Sini

...:: Hargai Masa Yang Ada ::...

Tuan Tanah

My photo
Sabah, Malaysia
Tujuan Blog ini saya wujudkan untuk perkongsian informasi kerjaya,hiburan mahupun promosi muzikal dan juga luahan individu selagi bahasa yang digunakan tidak berunsurkan kesat ataupun lucah | ♥ diharap blog ini boleh membantu para pembaca. Silakan menjadi follower yer.. Peace ♥ ( Klik iklan sekali .. hehe )

4 Feb 2012

Koo/Tan mungkin dipisahkan untuk kelirukan beregu Korea Selatan

KUALA LUMPUR: Gandingan utama beregu negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mungkin dipisahkan sebagai salah satu strategi Malaysia menyekat penguasaan beregu Korea Selatan dalam kempen Kelayakan Piala Thomas di Macau, dari 13 hingga 19 Feb ini.
Jurulatih beregu negara Pang Cheh Chang berkata Koo/Tan yang membentuk beregu nombor enam dunia bakal berdepan dua gandingan terkuat lawan, Jung Jae Sung/Lee Yong Dae di ranking kedua dunia dan Ko Sung Hyun/Yoo Yeon Seong di tangga ke-empat.
"Saya dan ketua jurulatih beregu lelaki, Tan Kim Her mungkin menggandingkan Tan dengan Hoon Thien How. Gandingan itu sebelum ini pernah diuji di kejohanan Piala Sudirman di Qingdao, China pada Mei lepas dan melakar kemenangan ke atas Jung Jae Sung/Lee Yong Dae," katanya di sini hari ini.

Sementara Koo boleh digandingkan dengan pemain beregu lain yang tersenarai ke Macau seperti Lim Khim Wah, Goh V Shem dan Teo Kok Siang.

Malaysia yang yakin dengan kemampuan dua pemain perseorangannya, Datuk Lee Chong Wei dan Muhammad Hafiz Hashim untuk mengutip dua mata, mengharapkan beregu mampu mencuri satu mata kemenangan.

Pang berkata keserasian Tan/Hoon kini diuji dalam sesi latihan dan pemain tersebut masih mempunyai masa seminggu lagi untuk memantapkan gandingan mereka sebelum skuad Piala Thomas dan Uber negara berlepas ke Macau pada Sabtu depan.

Skuad negara akan memulakan kempen Kelayakan Piala Thomas dengan bertemu Hong Kong pada 14 Feb diikuti Korea Selatan pada keesokan harinya. -- BERNAMA


Klik ads By Nuffnang | layari SapsaiFM | Gunakan Google Chrome utk paparan lengkap ♥ 

2 Feb 2012

Motosikal Terpanjang Didunia !

Sebuah motosikal scooter telah diubahsuai menjadi motosikal paling panjang di dunia dengan ukuran 22m. Motosikal itu mengambil masa sebulan untuk diubahsuai dan boleh menampung penumpang sehingga 25 orang.

 
Pemilik motosikal, Colin Furze, 31, telah mengubahsuai motosikal tersebut di belakang rumah maknya untuk tujuan ingin mencipta satu lagi rekod lain dalam Guinness World Record. Sebelum ini, beliau pernah mengubahsuai motosikal scooter rakannya menjadi motosikal paling pantas di dunia dengan kelajuan sehingga 115km/h.

Untuk mencipta rekod tersebut, beliau telah memandu motosikal yang telah diubahsuai itu sejauh 1km pada kelajuan 57km/h.

Beliau berkata; "pada kali pertama saya memandu motosikal itu, saya fikir ianya tidak akan berfungsi dan jika berfungsi pun motosikal ini tidak mungkin akan mencapai kelajuan tinggi. Selepas menyesuaikan diri dengan cara pemanduan motosikal tersebut, ianya menjadi mudah walaupun agak meletihkan tangan akibat berat steering yang melampau. 

Sebelum ini, panjang motosikal yang pernah direkodkan dalam Guinness World Record ialah 14m. - sumber

Klik ads By Nuffnang | layari SapsaiFM | Gunakan Google Chrome utk paparan lengkap ♥

Projek Amal Kompilasi Artis Sabah menentang pasukan Utama Jurutera Perunding

Jangan lupa kita serbu beramai-ramai futsal penampang pada hari sabtu ini untuk melihat aksi Projek Amal Kompilasi Artis Sabah menentang pasukan Utama Jurutera Perunding. Di antara yang akan hadir ialah Ebi Af5, Clarice John Matha, Lydia Kalidin, Rozza Rothman, Clarice Sipanul Sinsui, Nicholas Tudol Nick, Marcel Gatisi dan ramai lagi. Inilah peluang kamu bertemu artis-artis yang kamu minati secara dekat di samping bagi support dengan artis tempatan kita ( Sabahan ). Sesiapa yang tidak berkesempatan datang untuk memeriahkan perlawanan futsal itu, kamu boleh dengar secara live ulasan perlawanan futsal di radio online/internet Sapsai.FM. keterangan dia macam di bawah ni

Hari: Sabtu (04.02.2012)

Masa : 2.00 ptg sehingga 3.30 ptg

Tempat : Gelanggang Futsal Penampang
Klik ads By Nuffnang | layari SapsaiFM | Gunakan Google Chrome utk paparan lengkap ♥