Pages

Klik Sini

...:: Hargai Masa Yang Ada ::...

Tuan Tanah

My photo
Sabah, Malaysia
Tujuan Blog ini saya wujudkan untuk perkongsian informasi kerjaya,hiburan mahupun promosi muzikal dan juga luahan individu selagi bahasa yang digunakan tidak berunsurkan kesat ataupun lucah | ♥ diharap blog ini boleh membantu para pembaca. Silakan menjadi follower yer.. Peace ♥ ( Klik iklan sekali .. hehe )

20 Jan 2012

Kompaun lewat daftar kelahiran dikecualikan, berkuatkuasa serta-merta

PUTRAJAYA: Bayaran kompaun RM50 untuk pendaftaran kelahiran yang dikemukakan melebihi tempoh 42 hari kini dikecualikan di seluruh negara, berkuat kuasa serta-merta.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dibuat berdasarkan Seksyen 38 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 dan Seksyen 17 Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1951 (Sabah, Bab 123).

Berdasarkan peraturan sedia ada, pendaftaran kelahiran perlu dibuat dalam tempoh satu hingga 14 hari dan bayaran proses adalah percuma, manakala pendaftaran yang dibuat melebihi tempoh tersebut tetapi kurang 42 hari akan dikenakan bayaran proses RM5.

Bagaimanapun, untuk permohonan yang dikemukakan selepas 42 hari tempoh kelahiran, pemohon akan dikenakan RM10 untuk bayaran proses, selain dikompaun RM50, katanya dalam kenyataan di sini. -- BERNAMA

| sumber |

Klik ads by Nuffnang | layari sapsai.fm | Gunakan Google Chrome utk paparan lengkap.

0 comments: