Pages

Klik Sini

...:: Hargai Masa Yang Ada ::...

Tuan Tanah

My photo
Sabah, Malaysia
Tujuan Blog ini saya wujudkan untuk perkongsian informasi kerjaya,hiburan mahupun promosi muzikal dan juga luahan individu selagi bahasa yang digunakan tidak berunsurkan kesat ataupun lucah | ♥ diharap blog ini boleh membantu para pembaca. Silakan menjadi follower yer.. Peace ♥ ( Klik iklan sekali .. hehe )

20 Jan 2012

Pendaftaran ubat tradisional 'Pao Ni Kang' dibatal, mengandungi racun berjadual

KUALA LUMPUR: Orang awam dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan produk tradisional 'Pao Ni Kang' berikutan pendaftarannya telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kerana dikesan mengandungi racun berjadual 'repaglinide'.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata repaglinide adalah ubat terkawal untuk rawatan penyakit diabetes dan ia tidak dibenarkan dalam ubat yang dikelaskan sebagai ubat tradisional.
"Indikasi yang tertera pada label produk (Pao Ni Kang) adalah digunakan secara tradisional untuk menambah tenaga dan perpeluhan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr Hasan berkata ubat repaglinide hanya boleh dibekal oleh doktor atau ahli farmasi dan penggunaan repaglinide tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan advers serius seperti hipoglisemia (penurunan mendadak paras gula).

Antara simptom hipoglisemia ialah pening, menggigil, berpeluh, keliru dan lesu manakala hipoglisemia yang teruk boleh menyebabkan berlakunya sawan, tidak sedarkan diri atau koma, katanya.

"Dengan itu, adalah sangat bahaya sekiranya produk-produck ini diguna oleh orang awam dan juga pesakit diabetes yang sedang menerima rawatan," kata beliau.

Dr Hasan menasihati pengguna supaya berhenti menggunakan produk berkenaan dengan serta-merta dan mendapatkan nasihat profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Beliau juga menasihatkan sesiapa yang mempunyai stok produk berkenaan supaya menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta kerana perbuatan itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Katanya individu yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.


Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya. -- BERNAMA


| Sumber

Klik ads by Nuffnang | layari sapsai.fm | Gunakan Google Chrome utk paparan lengkap

0 comments: