Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan  Awam (Cuepacs), Lok Yin Theng berkata, doktor yang lama berkhidmat  merasakan sumbangan mereka seolah-olah dianaktirikan kerana pendapatan  diterima jauh lebih rendah berbanding mereka yang baru bertugas.
  Beliau berkata, Cuepacs menerima banyak surat daripada kategori itu dan  meminta pihaknya mendesak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji  semula perkara ini.
 
  “Mereka (doktor pakar) mengadu kerana gaji sebulan terutama dari Gred  51 hingga 54 lebih rendah berbanding doktor yang baru bertugas,  sedangkan peranannya di hospital terlalu besar.
 
  “Doktor berkenaan bukan sahaja terkilan dengan gaji yang diterima  setaraf guru-guru sekolah, malah tidak berpuas hati kerana doktor yang  baru berkhidmat menerima ganjaran lebih tinggi,” katanya kepada Sinar  Harian semalam.
 
  Jika ini dijadikan kayu ukur dalam sistem baru itu, menurutnya, doktor  pakar memerlukan jangka masa yang panjang untuk mengejar pendapatan  diperoleh anggota Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa).
 
  Malah, katanya, doktor berkenaan mempertikaikan pendapatan yang  diterima pihak Jusa melebihi RM15,000 sebulan sedangkan bebanan kerja  harian golongan ini setaraf guru sekolah.
 
  Menurutnya, Cuepacs tidak mahu perkara ini terus berlarutan kerana boleh menyebabkan ketegangan berlaku di sektor awam.
 
  “Tugas kami untuk melahirkan organisasi awam yang harmoni dan  memaklumkannya dengan segera kepada Perdana Menteri untuk diambil  tindakan.
 
  “Tarikh pertemuan dengan beliau, saya tidak boleh beritahu mungkin selepas sambutan Tahun Baru Cina,” katanya.
 
  Ditanya dakwaan SBPA telah dilaksanakan membabitkan anggota Kumpulan  Premier, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan polis, Yin Theng berkata,  perkara itu tidak betul dan jangan dengar khabar angin.
 
  Menurutnya, kerajaan telah berjanji akan melihat semua tuntutan yang  dibuat Cuepacs secara menyeluruh bukan untuk pihak tertentu sahaja.
 
  Jika Cuepacs membuat tuntutan kepada bahagian tertentu, katanya, ia  seolah-olah menampal baju yang koyak dan tidak memperbaiki bahagian  lain.
 
  “Matlamat kami seperti dijelaskan tadi, tidak mahu melihat jurang  pendapatan yang ketara antara kelas bawahan dengan atasan. Untuk  menambah baik, kami menerima pelbagai cadangan daripada golongan  profesional yang mahu kerajaan mengkajinya secara mendalam.
 
  “Mereka berpendapat, SBPA seolah-olah mengiktiraf seseorang individu  sahaja sedangkan dalam organisasi kerajaan, kejayaannya kerana peranan  semua pihak. Kalau orang bawah tidak buat kerja, usaha pihak atasan jadi  sia-sia,” katanya. - sumber
Klik ads by Nuffnang | layari sapsaifm | Gunakan Google Chrome utk paparan lengkap


 
2 comments:
Guru sekolah x sumbangan ke terhadap negara? Kan kerana guru anda ble jd doktor,peguam,pelukis,jurutera...jgn memperkecilkn kerjaya org..
idajj - terima kasih kerana memberi komen, blog ini diwujudkan untuk sesiapa sahaja yang ingin meluahkan apa yang dirasakan perlu untuk di keluarkan atau post | sekiranya anda ada sebarang luahan utk disuarakan, anda boleh htr email dgn saya di media@y7mail.com | saya akan postkan maklumat yang saya terima dari anda ♥
Post a Comment